Felda Travel Mahu Tambah Kuota Jemaah Haji Tahun Depan

KUALA LUMPUR – Felda Global Ventures Holdings (FGV) Berhad menerusi anak syarikatnya Felda Travel Sdn Bhd (Felda Travel) akan memohon kepada Tabung Haji agar kuota jemaah haji yang dikendalikannya ditambah pada tahun depan.

Pegawai Bertanggungjawab FGV Datuk Khairil Anuar Aziz berkata ini berikutan pakej haji yang dikelolakan Felda Travel mendapat permintaan tinggi setiap tahun disebabkan perkhidmatan terbaik yang diberikannya.

“Kami akan membuat permohonan dengan Tabung Haji agar diberikan penambahan kuota pada tahun depan bersandarkan kejayaan kami menguruskan para jemaah dengan lancar pada tahun ini.

“Tahun ini, Felda Travel yang mempunyai 10 tahun pengalaman mengendalikan pakej haji, telah diberikan kuota 370 jemaah oleh Tabung Haji berbanding 123 jemaah pada 2016,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Selain itu, beliau berkata Felda Travel juga berpengalaman dalam mengendalikan jemaah umrah. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.