Laluan Ranau-Sandakan Terputus

KEADAAN jalan di Kilometer 5, Ranau-Sandakan yang terputus akibat hakisan bawah tanah. – Foto Ihsan Pembaca

RANAU: Jalan utama Ranau-Sandakan terputus selepas jalan raya di Kilometer 5, Ranau-Sandakan, runtuh akibat hakisan bawah jalan.

Kejadian dipercayai berlaku malam tadi susulan banjir kilat yang melanda sekitar kawasan itu bermula kira-kira jam 8 malam.

Pegawai Daerah Ranau, Faimin Kamin, berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) dan syarikat konsesi jalan kini dalam proses membaiki laluan itu.

Buat masa ini, katanya, pengguna dinasihatkan menggunakan laluan alternatif menerusi Jalan Takurik-Jalan Tagudon.

“JKR dalam proses memperbaiki laluan berkenaan.”Kita tak pasti waktu sebenar jalan runtuh, namun ia berlaku malam tadi dan dikesan selepas banjir kilat,” katanya ketika dihubungi, di sini, sebentar tadi.

Faimin berkata, banjir kilat di kawasan itu berlaku selepas hujan lebat petang semalam, namun tiada laporan mengenai sebarang kemalangan. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.