‘Saya Sokong Dari Rumah’ – Bapa Thanabalan

SEREMBAN: Peledak gol tunggal untuk Malaysia ketika separuh akhir bola sepak Sukan SEA 2017 menentang Indonesia, N Thanabalan, mungkin tidak dapat memenuhi impian membawa bapanya menyaksikan pertandingan akhir Selasa ini.

Bagaimanapun, bapanya, S Nadarajah, 56, yang lumpuh dari dada hingga kaki akibat kemalangan motosikal tetap akan memberi sokongan dari rumah.

“Thanabalan memang mahu saya datang menyaksikan perlawanan akhir bola sepak.

S.Nadarajah, 56 (kiri) dibantu isterinya, V. Thirusundari, 52 yang merupakan ibu dan bapa kepada penyerang skuad bola sepak negara, N.Thanabalan yang beraksi cemerlang sepanjang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) ketika ditemui di kediaman mereka di Senawang, Negeri Sembilan. – Foto NSTP/Iqmal Haqim Rosman

“Bagaimanapun dengan keadaan saya yang lumpuh dan tidak boleh duduk lama, saya hanya boleh memberi sokongan dari rumah sahaja,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seremban Jaya, di sini, hari ini.

Berkongsi kejayaan Thanabalan membantu negara ke final dalam acara itu, katanya dia berbangga dengan kecemerlangan yang ditonjolkan anaknya ketika ini.

Beliau yang juga bekas pemain bola sepak, sejak kecil anaknya itu diberi latihan dan ketika di sekolah rendah dahulu setiap kali terjumpa objek terutama botol atau batu dia pasti akan tendang seperti bola.

S.Nadarajah, 56 (kiri) dan isterinya, V. Thirusundari, 52 melihat rakaman perlawanan separuh akhir bola sepak yang membabitkan anaknya yang juga penyerang skuad bola sepak negara, N.Thanabalan yang beraksi cemerlang sepanjang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) ketika ditemui di kediaman mereka di Senawang, Negeri Sembilan. – Foto NSTP/Iqmal Haqim Rosman

“Malah, dia juga sering menghubungi saya selepas tamat mana-mana perlawanan untuk meminta pandangan mengenai aksinya di padang.

“Apa yang sering saya tekankan adalah selalu menggunakan kepala apabila melakukan serangan ketika memperloleh bola dari tendangan sudut. Jika gagal, baru gunakan kaki selain perlu sentiasa fokus ketika di padang,” katanya.

Malam tadi, pasukan Malaysia berjaya menewaskan Indonesia dengan jaringan 1-0 pada minit ke-87 dalam perlawanan separuh akhir bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Stadium Shah Alam.

Jaringan hasil daripada tandukan Thanabalan itu secara langsung melayakkan skuad negara ke final untuk berdepan Thailand, Selasa ini.

S.Nadarajah, 5 yang merupakan bapa kepada penyerang skuad bola sepak negara, N.Thanabalan yang beraksi cemerlang sepanjang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) ketika ditemui di kediaman mereka di Senawang, Negeri Sembilan. – Foto NSTP/Iqmal Haqim Rosman – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.