Guna Pengangkutan Awam Ke Penutup Sukan SEA Esok

KUALA LUMPUR – Orang ramai diminta menggunakan pengangkutan awam untuk ke upacara penutup Sukan SEA Ke-29 (KL2017) di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, esok.

Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Malaysia (MASOC) dalam kenyataan hari ini berkata stesen Transit Aliran Ringan (LRT) yang terdekat ialah LRT Bukit Jalil dengan pengguna disaran menggunakan kad Touch ?n Go untuk pembelian tiket bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan selepas upacara itu tamat.

Waktu operasi LRT Laluan Sri Petaling di Stesen Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga 2 pagi pada 31 Ogos ini.

MASOC juga berkata hanya penonton yang mempunyai tiket sah, kad jemputan dan pas akreditasi dengan pelekat khas sahaja yang dibenarkan masuk ke stadium.

“Pemegang tiket diingatkan bahawa mereka tidak dibenarkan masuk semula ke dalam stadium sekiranya mereka keluar stadium,” kata MASOC.

Orang ramai yang tidak berkesempatan menyaksikan upacara penutup itu boleh menontonnya secara langsung menerusi YouTube di Kuala Lumpur 2017. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.