Shahrir Umum Ab Ghani Ali Sebagai Pengarah Besar Felda Yang Baharu

Pengerusi Felda, Tan Sri Sharir Samad mengumumkan Tuan Haji Ab. Ghani bin Ali sebagai Pengarah Besar Felda yang baharu mengantikan Dato Hanapi Suhada mulai semalam.

Ab Ghani sebelum ini merupakan Timbalan Pengarah Besar FELDA (Pembangunan Ekonomi) diberi watikah pelantikan oleh Pengerusi FELDA semasa Majlis Perhimpunan Petugas FELDA pada pagi semalam.

Beliau yang telah berkhidmat dengan Felda selama 36 tahun merupakan lulusan Sarjana Muda dalam Psikologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan bekas pelajar Sekolah Menengah Rahman Talib dan Sekolah Kebangsaan Beserah, Kuantan.

Memulakan kerjaya sebagai Pegawai Tadbir di Pejabat Pengurusan Ibu Pejabat Felda pada 1 Jun 1981, Ab Ghani kemudiannya telah berkhidmat kepada beberapa kawasan Felda termasuk FELDA Wilayah Kelantan/Terengganu, FELDA Wilayah Seremban, FELDA Wilayah Pahang Barat Daya, FELDA Wilayah Pahang Tengah, FELDA Wilayah Pahang Selatan, FELDA Wilayah Pahang Timur and FELDA Wilayah Kuantan.

Beliau turut berkhidmat sebagai Pengurus Hostel Felda di Kuantan pada 1996-1997.

Pada 2005, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Besar Kawasan untuk FELDA Wilayah Sahabat, FELDA Wilayah Raja Alias, dan FELDA Wilayah Kuantan sehingga 2012.

Pada 1hb November 2012, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah Besar Felda (Pembangunan Komuniti) dan kemudiannya bertukar potfolio kepada Timbalan Pengarah Besar (Pembangunan Ekonomi) sehingga dilantik sebagai Pengarah Besar Felda pada 5 September 2017.

Ab Ghani turut pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah FELDA Marketing Sdn. Bhd. dan FELDA Vegetable Oil Products Sdn. Bhd.

Sekarang ini beliau turut berada dalam Lembaga Ministry of Plantation Industries and Commodities (MPIC), FELDA Technoplant Sdn. Bhd. dan FELDA Rubber Industries.

Leave a Reply