Bayaran Pendahuluan Hasil Peneroka Secara Mingguan

KUALA LUMPUR, 11 September 2017 : Pada bulan April 2017, Pengerusi FELDA telah mengumumkan inisiatif baru untuk mewujudkan dana pusingan sebanyak RM100juta bagi tujuan bayaran pendahuluan hasil secara mingguan kepada peneroka.

Sejak itu, sebanyak 6,307 permohonan telah diterima dan daripada jumlah permohonan itu sebanyak 2,670 permohonan telah diluluskan. Kesemua 2,670 permohonan yang diluluskan telah mula menerima bayaran hasil mingguan melalui akaun bank masing-masing. Manakala baki 3,637 permohonan pula masih tidak menyediakan maklumat secukupnya seperti maklumat nombor akaun bank untuk tujuan pembayaran dan lain-lain lagi.

Bayaran pendahuluan hasil secara mingguan ini dilaksanakan melalui bayaran terus ke akaun bank persendirian peneroka bagi mengelakkan ketirisan, meningkatkan gunatenaga petugas yang lebih cekap dan pengurusan wang yang lebih selamat.

 

 

Leave a Reply