Hafizh Raih Podium Di GP San Marino

KUALA LUMPUR: Penunggang Moto 2 negara, Hafizh Syahrin meraih kemenangan podium pertamanya selepas menamatkan perlumbaan Grand Prix San Marino di tangga ketiga sebentar tadi.

Perlumbaan yang berlangsung dalam keadaan litar basah itu turut menyaksikan seorang lagi penunggang negara, Khairul Idham Pawi melintasi garisan penamat di tempat kesembilan.

Penunggang Switzerland, Dominique Aegerter muncul pemenang diikuti rakan senegara Thomas Luthi di tempat kedua untuk penamat satu dua pertama buat penunggang dari negara berkenaan.

“Saya bersyukur kepada Tuhan di atas kemenangan ini,” kata Hafizh yang tidak dapat menahan sebak ketika ditemuramah selepas perlumbaan.

“Saya tidak pernah berputus asa dan sentiasa belajar dari kesilapan, dan saya cuba memahami selok belok perlumbaan. Saya amat gembira dengan kemenangan ini.

“Terima kasih kepada keluarga, pasukan, dan rakan-rakan yang sentiasa memberi dorongan kepada saya.”

Ia adalah penamat podium pertama Hafizh selepas menamatkan Grand Prix Malaysia sebagai pelumba wild card, juga di tangga ketiga pada tahun 2012. – BERITA HARIAN

Leave a Reply