2,670 peneroka terima bayaran mingguan

KUALA LUMPUR- Sebanyak 2,670 daripada 6,307  peneroka FELDA telah menerima bayaran hasil mingguan melalui akaun bank masing-masing.

Inisiatif baharu yang diumumkan oleh Tan Sri Pengerusi FELDA pada bulan April yang lalu telah memperuntukan dana pusingan sebanyak RM100 Juta bagi tujuan ini.

Sejak diumumkan, FELDA menerima 6,307 permohonan,2,670 permohonan yang lengkap telah diluluskan dan sudah mula dibayar secara mingguan, manakala baki permohonan 3,637 yang tidak diluluskan adalah kerana maklumat permohonan seperti akaun bank dan maklumat lain tidak dinyatakan dengan lengkap.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan FELDA, tujuan pembayaran pendahuluan hasil secara mingguan ini dilaksanakan melalui bayaran terus ke akaun bank persendirian peneroka adalah untuk  mengelakkan berlakunya sebarang ketirisan.

Selain itu kaedah ini turut meningkatkan gunatenaga petugas yang lebih cekap dan pengurusan wang yang lebih selamat.

Leave a Reply