Penerjun Wanita Gagal Ujian Doping

KUALA LUMPUR: Seorang atlet terjun wanita negara gagal ujian doping yang dijalankan ketika Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos lalu.

Difahamkan penerjun itu menang pingat emas selepas tuan rumah Malaysia berjaya menyapu bersih 13 pingat emas ditawarkan.

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dijangka mendedahkan butiran terperinci mengenai kes doping itu kepada media selepas mesyuarat jawatankuasa pemilihan Sukan Komanwel Gold Coast di Kuala Lumpur, petang ini.

“Ia seorang penerjun. Lebih bagus buat MOM untuk mendedahkan perkara itu,” menurut seorang sumber.

Cheong Jun Hoong, Pandelela Rinong, Wendy Ng, Leong Mun Yee, Traisy Vivien Tukiet, Nur Dhabitah Sabri dan Jasmine Lai adalah pemenang pingat emas pada Sukan SEA. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.