VIDEO: Pasangan FELDA Bina Replika Rumah Asal FELDA Tatapan Generasi Baharu

Sangat menarik dan kreatif buat pasangan suami isteri dari FELDA Jengka 24 membina sebuah rumah replika bercirikan rumah asal Felda sebagai kenangan sekali gus untuk tatapan generasi keluarga pada masa depan.

Pasangan tersebut, Atib Rashid, Ketua Peneroka FELDA Jengka 24 dan isterinya, Norfazilah Mohamad idea untuk membina replika rumah kecil itu adalah untuk memberikan pandangan kepada anak-anaknya dan generasi baharu bagaimana rumah yang pernah didiami oleh peneroka dan penerokawati satu ketika dahulu.

Sekali gus memberikan inspirasi kepada anak-anak FELDA untuk terus berusaha dan mencari kesenangan hidup serta tidak mudah putus asa dengan kesusahan yang dialami sekarang.

SUMBER VIDEO:  sinar.tv

 

 


Leave a Reply