Harga Petrol, Diesel Naik

PETALING JAYA: Harga petrol mencatatkan kenaikan antara tiga hingga lima sen mulai jam 12.01 tengah malam Rabu, manakala harga diesel pula naik lima sen.

RON95 akan dijual pada harga RM2.19 seliter, naik tiga sen daripada RM2.16 seliter, bagi RON97 pula akan dijual pada harga RM2.49 seliter, juga naik tiga sen daripada RM2.46 seliter.

Sementara itu, diesel pula meningkat kepada RM2.17 seliter daripada RM2.12.

Harga terkini bahan api itu akan berkuat kuasa mulai jam 12.01 pagi pada 5 Oktober hingga 11 Oktober.

Mekanisme penetapan harga bahan bakar mingguan mula dikuatkuasakan pada bulan April tahun ini.

Ia ditetapkan berdasarkan kedudukan harga Means of Platts Singapore (Mops) serta kekukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat pada minggu terdahulu. – THE STAR

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.