Iron Lady, Maznah Hamid Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd, Datuk Maznah Hamid meninggal dunia jam 6 petang tadi.

Maznah, 62, menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, selepas dimasukkan ke wad berkenaan bagi merawat komplikasi jantung yang dihidapinya.

Maznah, yang terkenal dengan gelaran Iron Lady sebelum ini dilaporkan stabil selepas selesai menjalani pembedahan pada Jumaat lalu.

MAZNAH Hamid

Perkara disahkan oleh pembantu peribadinya ketika dihubungi BH sebentar tadi.

“Jenazah Allahyarham akan di bawa pulang ke rumahnya di Ukay Heights, Ampang, Selangor pada jam 10 malam ini.

“Solat jenazah akan diadakan selepas solat Asar di Masjid Darul Ehsan , Taman Tun Abdul Razak, Ampang selepas solat Asar, petang esok.

“Kemudian, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Raudhatul Sakinah, Taman Selasih , Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.