PM Ucap Takziah Kemangkatan Raja Puan Besar Perak

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menzahirkan ucapan takziah atas kemangkatan Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah.

Perdana Menteri turut mendoakan supaya roh Almarhumah dicucuri rahmat Allah SWT.

“Merafak sembah takziah atas kemangkatan Dulia Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah.

“Moga Roh dicucuri rahmat, al-Fatihah,” katanya menerusi akaun Twitter beliau, hari ini.

Almarhumah Raja Puan Besar Perak mangkat pada jam 5.07 petang semalam pada usia 75 tahun.

Kemangkatan baginda diumumkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, melalui kenyataan teks perisytiharan kemangkatan yang dikeluarkan pihak Pejabat Menteri Besar.

Jenazah Almarhumah akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar, selepas solat Asar hari ini. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.