Masih Boleh Bantu Pelarian Rohingya

KUALA LUMPUR: Sumbangan orang ramai melalui Malaysian Relief Agency (MRA) untuk pelarian Rohingya di Bangladesh disalurkan terus kepada kumpulan sasar tanpa pembabitan pihak ketiga.

Timbalan Presiden MRA, Khairil Annuar Khalid, berkata MRA juga membuka Pejabat Operasi di Cox Bazar, Bangladesh bagi menguruskan bantuan kecemasan sumbangan rakyat Malaysia.

Katanya, orang ramai masih boleh menyumbang kepada pelarian berkenaan menerusi Tabung Bantuan Kemanusiaan Rohingya melalui akaun Maybank 5640 9820 6365 atas nama Malaysian Relief Agency.

“Orang ramai juga boleh menghubungi MRA di talian telefon 03-9174 4672 atau 013-337 1672 atau laman sesawang www.mra.my untuk mendapat maklumat lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

PELARIAN Rohingya berbaris menunggu giliran terima bantuan di Kem Kutupalong. – Foto MRA

Empat bantuan

Khairil berkata, MRA sudah memberi empat bentuk bantuan, iaitu makanan, air bersih, penempatan sementara dan perubatan.

Antaranya, beliau berkata, bantuan kecemasan yang dihantar sejak 27 September lalu kepada pelarian baru tiba di Kem Pelarian Kutupalong, Cox’s Bazar.

“Pengagihan bantuan kecemasan di kem terbabit oleh pihak badan bukan kerajaan (NGO) melalui sistem kawalan oleh pihak berkuasa Bangladesh bagi memastikan tidak berlaku kekecohan sewaktu pemberian makanan.

“Menerusi bantuan pihak berkuasa Bangladesh, proses pengagihan makanan dapat dilakukan dengan teratur,” katanya. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.