Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata, langkah tersebut selaras dalam usaha memastikan tiada unsur penipuan daripada syarikat-syarikat terbabit.

Katanya, pihak kementerian itu juga akan mengeluarkan surat pekeliling kepada syarikat media berkenaan garis panduan sebelum dibenarkan untuk menyiarkan iklan terbabit.

“Mana-mana pihak yang ingin menjual lebih empat buah rumah perlu mengemukakan lesen APDL yang diperoleh daripada kementerian kepada syarikat media. Kita memandang serius soal penipuan,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE