1,023 Terima Darjah Kebesaran

KOTA KINABALU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, mendahului senarai 1,023 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan negeri Sabah sempena Hari Jadi Rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, hari ini.

Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud menerima darjah kebesaran tertinggi Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima bersama enam lagi penerima lain.

Turut menerima SPDK ialah Menteri Wiilayah Persekutuan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor; Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, Datuk Teo Chee Kang; Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Fuzi Harun; dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Ahli Majlis UPKO

Turut tersenarai ialah Ahli Majlis Molohingan Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Tuanku Balanggung @ Egbert Evaristus dan Pengarah Eksekutif Tanjung Aru Eco Development Sdn Bhd (TAED), Datuk Victor Subbrayan Paul.

Sementara itu, seramai 67 orang menerima pingat Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk.

Antara penerima PGDK ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu, Limus Juri; ADUN Luyang, Dr Hiew King Cheu; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sabah, Abdul Manap Lakariba dan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Dr D Kamaruddin D Mudin.

Turut tersenarai ialah Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din dan Panglima Armada Timur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Madya Datuk Pahlawan Syed Zahiruddin Putra Syed Osman.

Penerima lain ialah Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Awang Damit Awang Anak; Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah, Wilis Ansoi; Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sabah, Yahiya Awang Kahar; Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah, Dr Mingu Jumaan.

Pengarah Jabatan Pertanian Sabah, Idrus Shafie; Pengurus Besar Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS), Penyuki Matta; Ketua Daerah Kota Kinabalu, William Majimbon dan Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA), Jasni Matlani.

14 terima Jaksa Pendamai

Seramai 14 orang menerima Jaksa Pendamai, antaranya bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Peter Pang En Yin; ADUN Kemabong, Datuk Rubin Balang; Ketua Pemuda UMNO Sabah, Yamani Hafez Musa dan Ketua Puteri UMNO Sabah, Normalah Rasik.

Sementara itu, seramai 88 orang menerima pingat Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK), 156 penerima Ahli Darjah Kinabalu (ADK), 233 penerima Bintang Setia Kinabalu (BSK), 306 penerima Bintang Kinabalu (BK) dan 152 orang menerima Sijil Kehormat (CH). – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.