Api Misteri Kembali Selepas 7 Tahun

KOTA BHARU: Penduduk di Kampung Penambang di Jalan Pantai Cahaya Bulan di sini, gempar apabila ‘api misteri’ yang dikatakan ‘mengekori’ satu keluarga tujuh tahun lepas kembali menghantui keluarga berkenaan.

Pada 19 Sept lepas, rumah keluarga berkenaan dan jiran mereka hangus terbakar dalam kejadian yang didakwa mereka berpunca daripada api misteri itu.

Mangsa, Zainab Sulaiman, 80, menantunya Ropeah Zakaria, 50, dan cucu-cucunya, Wan Mohd Faiz Wan Hanafi, 21, Wan Nor Fatihah, 19, dan Wan Nor Fatini, 17, terpaksa berpindah ke beberapa tempat bagi mengelakkan kejadian sedemikian berulang.

Bagaimanapun, keluarga itu yang menumpang di rumah seorang saudara juga di kampung berkenaan sekali lagi diserang api misteri itu menyebabkan beberapa helai pakaian, kain sejadah dan tuala yang diletakkan di dalam dua bilik terbakar Jumaat lepas.

Bercakap kepada pemberita pada Isnin, pemilik rumah itu Faridah Sulaiman, 75, mendakwa semasa kejadian, api berkenaan dikatakan muncul sebanyak lima kali antara pukul 9.30 pagi dan 10.30 pagi menyebabkan beberapa pakaian terbakar. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.