Najib Ucap Selamat Maju Jaya Kepada Calon PT3

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar Tingkatan Tiga yang akan menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) hari ini.

“Selamat maju jaya kepada semua pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki PT3. Do your best! (buatlah yang terbaik),” katanya menerusi catatan Twitter beliau.

Seramai 425,251 calon akan menduduki ujian bertulis PT3 yang bermula hari ini hingga Khamis ini.

Daripada jumlah itu, seramai 394,458 calon adalah pelajar sekolah menengah kebangsaan manakala 10,949 calon sekolah swasta yang berdaftar dengan kementerian, kata Kementerian Pendidikan.

PT3 dimulakan pada 2014 bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR). – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.