FELDA Dan FGV Anjurkan Sambutan Karnival Maal Hijrah 1439H

KUALA LUMPUR – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan FELDA Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV) telah menganjurkan sambutan Karnival Maal Hijrah 1439H tahun ini.

Ia telah dirasmikan oleh Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Khairil Anuar Aziz.

Turut hadir adalah Timbalan Pengarah FELDA, Muzammir Mohd Nor.

Anjuran karnival ini menunjukkan FELDA dan FGV tidak pernah mengetepikan mengadakan program untuk memantapkan nilai rohai dalam setiap diri kakitangan FELDA dan FGV.

Karnival ini telah berlangsung selama dua minggu bermula minggu lepas, 3 Oktober sehingga hari ini yang disertai oleh kakitangan FELDA dan FGV.

Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti bacaan Yasin, lawatan ke rumah Asnaf di Kampung Puah, Setapak, majlis pengurusan jenazah, majlis kuliah Dhuha, pertandingan Masterchef, pertandingan gema Vaganza Wanita dan Lelaki, forum hijrah, aktiviti gotong-royong dan bermacam lagi.

Gerai-gerai jualan dan pameran turut disediakan sepanjang sambutan karnival ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.