JAKIM Rujuk Ceramah Zamihan Ke Lembaga Tatatertib

KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA), Zamihan Mat Zin, yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Sultan Johor, akan dirujuk kepada Lembaga Tatatertib Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Ketua Pengarah JAKIM, Tan Sri Othman Mustapha, berkata pihaknya sudah memanggil Zamihan, pagi tadi untuk mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan terbabit.

“JAKIM memandang serius terhadap ceramah disampaikan Ustaz Zamihan Mat Zain, iaitu pegawai kader JAKIM di Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang kini ditempatkan di Penjara Kajang.

“Ceramah Beliau yang telah dimuat naik dalam Youtube didakwa mengandungi unsur kritikan terhadap DYMM Sultan Johor,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.