Kanak-kanak Maut, 3 Hilang Di Air Terjun

LANGKAWI: Seorang kanak-kanak perempuan maut, manakala tiga lagi hilang dihanyutkan arus deras dipercayai ‘kepala air’ di kawasan air terjun Kampung Buku, dekat Lubuk Semilang di sini, sebentar tadi.

Difahamkan mangsa adalah antara tujuh kanak-kanak yang hanyut ketika kawasan itu dilanda arus deras, namun tiga daripadanya sempat diselamatkan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mokhtar, mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 5 petang sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi.

“Sehingga kini seorang mangsa kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun ditemui dan disahkan meninggal dunia, manakala usaha mengesan tiga lagi yang masih hilang sedang dijalankan,” katanya. – BERITA HARIAN

Leave a Reply