Sukan Warga Felda 2017

DURIAN TUNGGAL- Sukan Warga Felda 2017 untuk edisi ke 12 bermula dengan meriahnya dimana Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Utama Ir Haji Idris bin Haji Haron hadir ke Universiti Teknikal Malaysia(UTeM) bagi merasmikan acara pembukaan yang turut diiringi Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Samad.

Kejohanan ini telah pun berlangsung sejak 2005 lagi dan penganjuran yang akan berlangsung selama 4 hari pada tahun ini menampilkan sedikit kelainan dengan 13 kontinjen terlibat yang terdiri daripada 11 Wilayah Felda dan 2 kontinjen jemputan daripada IbuPejabat Felda dan Permuafakatan Siswa Siswi Felda (PERSADA).

13 Acara sukan bakal dipertandingkan termasuklah dua acara baru iaitu Ping Pong dan Tenpin Boling dengan 1,469 perserta mengambil bahagian.

“Terima kasih kepada FELDA kerana menyumbang sebahagian dari angka sasaran kemasukan pelancong ke negeri Melaka.

Tahun ini kerajaan negeri Melaka menyasarkan 12.75 juta pelancong dan saya dimaklumkan malam ini sahaja 2 ribu warga FELDA berhimpun di Melaka, terima kasih kepada FELDA kerana memilih Melaka sebagai tuan rumah,”  Datuk Sri Utama Ir Haji Idris bin Haji Haron.

Dalam ucapan perasmian, beliau turut mengambil kesempatan menasihati warga FELDA yang hadir tentang ledakan teknologi dan lambakan maklumat.

“Di zaman teknologi canggih, maklumat berita di hujung jari,harap kita semak dan bertabbayun sebelum sebar sebarang maklumat yang kita terima.

Warga Felda harus mengamalkan sikap postif dan bersatu padu dalam mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat malaysia,” katanya lagi.

Dalam majlis perasmian ini, FELDA turut menghargai 31 orang generasi baharu FELDA yang menjadi Atlet dalam kejohanan Sukan Sea dan Sukan Para pada bulan Ogos yang lalu.

Mereka telah berjaya mengharumkan nama Malaysia setelah berjaya merangkul 11 Emas 7 Perak 7 Gangsa , manakala dalam sukan para sebanyak 2 Emas telah disumbangkan.

Turut berlangsung pada majlis perasmian ialah penyampaian Anugerah Majlis Belia Felda Malaysia( MBFM ) yang menghargai sumbangan mereka yang terlibat dalam pembangunan belia didalam tanah rancangan.

 

 

Leave a Reply