Anak TMJ Bernama Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim

JOHOR BAHRU: Pewaris takhta Johor iaitu anakanda Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim diberikan nama Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail.

Presiden Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, pihaknya sukacita mengumumkan bahawa nama itu diperkenankan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

“Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Johor Darul Ta’zim dengan telek pandang dan limpah perkenan Tuanku dan dengan persekutuan Jumaah Majlis Diraja menamakan putera dan waris Tunku Mahkota Johor seperti berikut, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Isteri Tunku Mahkota Johor, Che’ Puan Khaleeda Bustamam, selamat melahirkan putera di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, hari ini.

Pasangan diraja itu mempunyai puteri sulung, Tunku Khalsom Aminah Sofiah yang lahir pada Jun tahun lalu. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.