PM Ucap Tahniah Kelahiran Waris Takhta Johor

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merafak sembah tahniah kepada kerabat diraja Johor atas keputeraan waris takhta kerajaan Johor.

Beliau menzahirkan tahniah itu kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar; Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan seluruh kerabat diraja Johor.

Isteri Tunku Mahkota Johor, Che’ Puan Khaleeda Bustamam, hari ini selamat melahirkan seorang putera.

“Merafak sembah tahniah kepada DYMM Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota & seluruh kerabat diraja Johor atas keputeraan waris kepada takhta kerajaan Johor,” kata Najib menerusi akaun Twitternya.

Kelahiran berkenaan diumumkan Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tunku Ismail dan Che’ Puan Khaleeda sebelum ini dikurniakan seorang puteri, Tunku Khalsom Aminah Sofiah pada 25 Jun tahun lalu. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.