Felda United Berikrar Akan Bangkit Untuk Ke Final Piala Malaysia

MARAN – Skuad Felda United mampu bangkit pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar, bagi menempah tiket ke final buat julung kalinya.

Ketua Jurulatih B Satiananthan berkata ini berdasarkan pemerhatiannya terhadap prestasi pemain The Fighters yang mempamerkan persembahan cemerlang meskipun terikat dengan keputusan 1-1 ketika berdepan juara bertahan, Kedah malam tadi.

Beliau berkata peluang pasukannya masih cerah dan kelebihan jaringan di tempat lawan Kedah boleh diatasi jika mereka komited dan nekad untuk meraih kemenangan di Stadium Darul Aman.

“Jika mereka boleh menjaringkan gol di sini (Stadium Tun Abdul Razak) pemain kami juga boleh melakukan perkara sama, tiada apa yang mustahil.

“Saya rasa ia keputusan yang adil, kedua-dua pasukan bermain baik cuma kami tidak mempunyai nasib untuk mencipta lebih banyak gol,” katanya pada sidang media selepas perlawanan tersebut. – BERNAMA

Leave a Reply