Mahkamah Majistret Kuantan Tolak Permohonan Reman Ke Atas Boy Iman

KUANTAN – Mahkamah Majistret di sini menolak permohonan reman ke atas pelakon Datuk Noruliman A.Rahman atau Boy Iman dan dua lagi individu yang ditahan berhubung kes penipuan jualan rumah bernilai RM6.2 juta, menurut peguam mereka Faizul Mohd Nasir.

Beliau berkata Majistret Nordiana Abd Aziz membuat keputusan itu selepas menerima alasan beliau bahawa anak guamnya telah direman di beberapa mahkamah sejak ditahan pada 2 Okt lalu.

“Tempoh itu sudah mencukupi untuk pihak polis melengkapkan siasatan dan tiada keperluan lagi untuk menahan reman anak guam saya selama empat hari seperti yang diminta hari ini kerana siasatan melibatkan kes yang sama, cuma mangsa yang berbeza.

“Jadi tiada keperluan untuk polis terus menahan anak guam saya kerana semua mereka telah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak polis sepanjang siasatan,” katanya semasa ditemui pemberita di sin, hari ini.

Faizul juga berharap Noruliman, 37, yang juga Pengarah Urusan DBI Properties dan dua lagi suspek yang merupakan pengarah syarikat Juta Kelulut Global Resources berusia 30 dan 45 tahun itu benar-benar dibebaskan hari ini, berdasarkan keputusan terkini mahkamah. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.