Perlu Terus Perkasa Modal Insan Bidang Pendidikan

MELAKA: Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berharap kerajaan akan terus memberi perhatian kepada aspek pembangunan modal insan sektor pendidikan tinggi dalam Bajet 2018.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Shahrin Sahib, berkata langkah itu perlu bagi memastikan universiti awam menjadi lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa.

“Kita berharap dalam Bajet 2018 yang akan dibentangkan hujung bulan ini, kerajaan akan terus memberi peruntukan antara yang tertinggi kepada sektor pendidikan.

“Misalnya di UTeM, kita masih lagi memerlukan dana pembangunan untuk fakulti utama iaitu kejuruteraan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Makan Malam Penghargaan Media bersama UTeM di malam ini.

Yang turut hadir, Yang Dipertua Kelab Media Massa Melaka (KEMM), Samat Majid.

Shahrin berkata, pihaknya menyasar untuk meningkatkan lagi pengetahuan orang ramai mengenai universiti itu terutama dengan kerjasama media.

“Sebanyak 533 laporan berita berkaitan UTeM disiarkan media pada tahun ini,” katanya. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.