#Bajet2018 Turut Beri Tumpuan Kepada Peneroka FELDA

Pembentangan bajet 2018 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam di Dewan Rakyat turut memberikan insentif kepada 112,000 peneroka FELDA di semua tanah rancangan.

Pastinya Bajet 2018 menggembirakan hati para peneroka memandangkan banyak usaha telah ditabur untuk FELDA.

Berikut adalah rumusan bajet 2018 khas untuk peneroka FELDA:

1. Seramai 8,925 peneroka FELDA menerima insentif khas bernilai RM5,000 yang telah diumumkan pada 23 Julai lalu sewaktu sambutan Hari Peneroka FELDA peringkat kebangsaan. Sebanyak RM43 juta diperuntukkan untuk insentif ini.

2. RM60 juta diperuntukan untuk program tanam semula sawit bagi sektor pekebun kecil hasil dari tabung Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) atau disebut wang SES.

3. Pengembalian wang SES oleh peneroka getah yang membuat tanaman semula kelapa sawit dari tahun 2010 hingga 2016.

4. Pembinaan 5,000 unit Rumah Generasi Kedua FELDA dengan kerjasama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dengan peruntukan sebanyak Rm164 juta.

5. RM200 juta diperuntukan kepada semua tanah rancangan FELDA untuk sistem bekalan air dan menaik taraf jalan serta lampu jalan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.