Pusat Pemindahan Mangsa Banjir Dibuka Di Kuala Nerus

KUALA TERENGGANU: Beberapa penduduk Kampung Mengabang Telung terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan mangsa banjir pagi ini setelah rumah mereka dinaiki air ekoran hujan lebat berterusan sejak petang semalam.

Pusat pemindahan itu dibuka pada jam 1.21 pagi tadi di Dewan Serbaguna Mengabang Telung, dekat sini bagi menempatkan 13 mangsa dari lapan keluarga kampung berkenaan.

Menurut kenyataan Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Daerah Kuala Nerus Kapten (Pertahanan Awam) Ahmad Kamal Hakim Ngah, daripada jumlah itu lapan darinya lelaki dewasa, wanita (4) dan kanak-kanak lelaki (1).

“Selain itu, sebuah keluarga kini berada di inap desa manakala lima keluarga lagi mengambil keputusan berpindah sementara di rumah saudara terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.