ALUMNI ADELA 77 Back To School

Warga Gugusan FELDA Adela yang lahir pada thn 1977 mengadakan program REUNION sempena genap umur 40 tahun usia. Warga Gugusan FELDA Adela meliputi FELDA Adela, Sening, Tunggal dan Kledang.

Kesemua mereka berkumpul semula dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang mengembalikan nostalgia di zaman sekolah. Antara acara menarik ialah sukan antara rumah-rumah. Mereka yg dah berumur 40 tahun ini kembali bersukan untuk acara larian 100 meter, 4 x 100 meter, lontar peluru dan lompat jauh.

Acara sukan untuk kategori lelaki dan perempuan ini acara yang sangat mencuit hati dan menghiburkan semua yang hadir kerana rata-rata di usia 40 tahun banyak perubahan fizikal ketara berlaku dan membataskan pergerakan dalam aktiviti sukan tersebut.

Majlis penyampaian hadiah sukan disempurnakan oleh Hj Othman Ahmad, Ketua Kampung FELDA Tunggal.

Pasukan bola sepak ADELA 77 turut mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak menentang Veteran Pilihan Gugusan Adela pada hari tersebut.

Majlis perasmian penutup REUNION ini disempurnakan oleh Encik Azman Adnan, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor. Beliau pernah menjadi guru di sekolah tersebut di awal-awal kerjaya beliau sebagai guru. Majlis diserikan dengan persembahan muzik daripada Band ADELA 77.

Menurut Pengerusi Alumni ADELA 77, Mohd Lazim Sadikan (yang merupakan bekas Ketua Pelajar SMK Adela tahun 1994, program REUNION ini akan diadakan lagi pada tahun 2022 sempena genap usia 45 tahun. Program REUNION tersebut berjaya menghimpunkan seramai 130 orang warga sebaya Gugusan FELDA Adela yang membesar dan pernah tinggal di Gugusan FELDA tersebut sejak zaman kanak-kanak lagi.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.