BR1M SATU KEJAYAAN MEKANISMA MERAPATKAN JURANG PENDAPATAN ISI RUMAH

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sekali lagi menjadi topik yang ditunggu dan telah pun sekali lagi dibentangkan dan manfaatnya dilanjutkan sepertimana diumum oleh Datuk Seri Najib di dalam Bajet 2018.
Pengumuman perlaksanaan BR1M ini memberikan khabar gembira buat 7 juta penerima yang layak dengan peruntukan sebanyak RM 6.8 billion dengan kelayakan maksima sebanyak RM 1,200.

Menurut maklumat daripada laman sesawang http://www.br1m.info, pada tahun 2017, bantuan BR1M maksima adalah RM 1,200 untuk kategori eKasih dan pendapatan isi rumah RM 3,000 ke bawah , RM 900 untuk pendapatan isi rumah RM 3,000 ke RM 4,000. Manakala bagi individu yang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan RM 2,000 ke bawah akan menerima RM 450.

Pemberian BR1M ini dilihat satu langkah yang sangat strategik dalam meningkatkan pendapatan isi rumah di dalam golongan pendapatan kurang daripada RM 3,000 ke bawah. Agenda membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana ini dilihat mampu mengurangkan impak akibat peningkatan kos sara hidup.

Sejak BR1M diperkenal pada tahun 2012, menurut kajian pendapatan isi rumah sederhana telah meningkat pada kadar pertumbuhan kompaun (Compaund Annual Growth Rate) sebanyak 12.4% setiap tahun di antara tahun 2012 hingga 2014. Perkembangan ini menunjukkan BR1M adalah satu mekanisma yang telah berjaya mengimbangkan jurang perbezaan pendapatan dan kekayaan di Malaysia.

Menurut laporan daripada Performance Management and Delivery Unit (PEMANDU) 2017, sebanyak RM19.33 billion telah dibelanjakan dibawah inisiatif BR1M ini dengan sasaran kepada lebih 7 juta penerima telah disalurkan sejak ianya diperkenalkan pada tahun 2012.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) merupakan satu agensi yang memudahcarakan saluran bantuan BR1M ini. Setiap permohonan baru, kemas kini permohonan, dan semakan status permohonan boleh dirujuk di laman sesawang atau aplikasi mudah alih yang disediakan.

Oleh itu manfaat BR1M ini telah terbukti keberkesanannya, perlaksanaan BR1M ini berjaya disalurkan ke suatu bentuk subsidi bersasar kepada golongan yang benar-benar memerlukannya.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.