Aaron Dikejar Ke Hospital Gara-gara Demam Panas

KUALA LUMPUR: Pelakon, Aaron Aziz, terpaksa dikejarkan ke Pusat Perubatan Prince Court, di sini, malam tadi, gara-gara mengalami demam panas yang teruk.

Isteri yang juga pengurusnya, Diyana Halik, berkata ketika pulang daripada menjalani penggambaran drama, Adam Mukhriz, di sebuah lokasi bersama pembantu peribadi, suhu badan suaminya naik mendadak.

“Ketika dalam perjalanan, tiba-tiba Aaron mengadu tidak sedap badan kepada pembantu peribadinya. Jadi, penyaman udara kereta terus saja ditutup. Pada mulanya, suhu badannya cuma 37 darjah celsius, tetapi tidak sampai sejam, ia naik mendadak sehingga 39 darjah.

“Kebetulan, saya tidak bersamanya ketika itu kerana berada di Hong Kong. Saya terus menghubungi pemandu, memintanya menghantar Aaron ke hospital,” katanya kepada BH Online.

Kata Diyana, bimbang dengan keadaan suaminya, beliau memutuskan untuk segera pulang ke ibu kota.

Menurutnya, ketika ini suhu badan suaminya agak stabil, namun pelakon itu masih lagi berada dalam keadaan lemah.

AARON Aziz bersama isteri, Diyana Halik. – Foto Nurul Syazana Rose Razman

“Doktor memberitahu, jumlah sel darah putih Aaron meningkat. Aaron pun masih lagi lemah,” katanya kepada BH Online.

Sementara itu, menerusi Instagramnya, Aaron sempat berkongsi pengalamannya berdepan rasa sakit yang disifatkannya sukar untuk digambarkan.

Malah, Aaron berkata, ketika itu beliau berasakan seolah-olah dirinya akan pergi pada bila-bila masa saja.

AARON berkongsi pengalaman menerusi Instagramnya. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.