VIDEO: Saadi Bawa Pulang Ilmu Dari Mesir Hasilkan Produk Habbatus Sauda’

KUALA LUMPUR – Pengalaman menetap dan belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir selama 15 tahun membuatkan usahawan FELDA dari FELDA Ulu Jempol, Saadi Majid, 54, membawa pulang segala ilmu yang diperolehi ke Malaysia untuk menghasilkan produknya daripada habbatus sauda’.

Saadi memberitahu Malaysia masih lagi tidak terkenal dengan produk habbatus sauda dan tidak mempunyai mesin berteknologi pemprosesan bahan itu ketika tahun 2003.

Untuk itu, dia berazam untuk membawa pulang mesin pemprosesan habbatus sauda’ yang popular di Kaherah, Mesir ke Malaysia dan ia direalisasikan dengan mengambil keputusan pulang semua ke Malaysia pada tahun 2013.

“Saya lihat ramai orang Arab yang menggunakan mesin ‘press’ untuk memerah Habbatus Sauda’. Ketika tahun 2003 tidak ada lagi mesin seperti ini di Malaysia lagi.

“Saya fikir elok saya bawa mesin ini balik ke Malaysia. Jadi, Alhamdulillah saya berkenalan dengan pengurus syarikat di Kaherah, mereka banyak memberi penerangan, pengajaran kepada saya dan apabila cuti belajar saya akan duduk dengan mereka untuk belajar menggunakan mesin bagaimana mereka memerah habbatus sauda’,” kata Saadi.

Keputusan untuk menghasilkan produk menggunakan habbatus sauda dan menjadikan ia sumber pendapatan dari perniagaannya kerana habbatus sauda’ adalah bahan sunnah yang mampu merawat pelbagai penyakit.

Malah, setiap rumah orang Arab di Mesir penuh dengan bahan habbatus sauda’ yang dijadikan makanan tambahan untuk seisi keluarga.

“Oleh kerana menjadi amalan orang Arab menggunakan Habbatus Sauda’ di setiap rumah mereka, kami telah membuat produk berasaskan ini.

“Saya guna pengalaman belajar agama di sana dan di samping belajar menggunakan mesin ini di sana dan membawa pengalaman saya sekali pulang ke tanah air untuk memperkenalkan habbatus sauda’ di Malaysia,” katanya.

Antara produknya yang dihasilkan dari habbatus sauda’ adalah Al-Habbatus Sauda’ Soft Gel, Minyak Al-Habbatus Sauda’, biji Habbatus Sauda’, Sabun Habbatus Sauda’ dan makanan haiwan ternakan Organik Habbatus Sauda’.

Khasiat menggamalkan pengambilan habbatus sauda’ adalah; mengurangkan kanser, hindari penyakit saraf, mengurangkan kolesterol dalam darah, antibiotic, merawat resdung, dan pelbagai lagi.

Dalam Sawari FEST 2017 yang dianjurkan FELDA minggu lalu, Saadi memberitahu syarikatnya, Al Badalul Amin Trading mempunyai ramai agen dan stokis di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sawarak.

Syarikatnya juga masih menawar kepada orang ramai untuk menjadi agen dan stokis yang sah untuk memasarkan produk habbatus sauda.

Hubungi Saadi di 013 3141 890 atau 03 6081 2212 untuk maklumat lanjut.

 

 

Leave a Reply