TIADA CUKAI BUAT WANITA KEMBALI BEKERJA

 

Melihat pada trend terkini di mana banyak peluang wanita profesional untuk bekerja secara sendiri di rumah. Terutama mereka yang sedang menempuh cabaran membesarkan anak yang masih kecil atau mereka yang mempunyai ibu bapa yang mengenjak dewasa.

Menurut sumber dari laman sesawang womenshealthmag.com, terdapat banyak sebab mengapa wanita membuat keputusan untuk berhenti kerja. Faktor yang sering menjadi penyebab antaranya pengurusan di tempat kerja yang teruk, waktu kerja yang terlalu lama dan membosankan.

Menurut kajian dari International Consortium for Executive Development Research (ICEDR), majikan akan beranggapan wanita dalam lingkungan 30-an akan meninggalkan alam pekerjaan kerana golongan ini akan mencari kehidupan dan pekerjaan yang seimbang (better work life balance) atau memasuk fasa untuk merancang mendapatkan anak.

Apa yang menariknya ialah faktor meninggalkan alam pekerjaan juga mengambil keputusan berhenti kerja untuk bersama pasangan yang terpaksa bekerja di luar negara. Wanita selalu dianggap sebagai individu yang akan berkorban untuk menguruskan perihal keluarga.

Malaysia sudah mengatasi sasaran kuota 30 peratus wanita di peringkat pembuat dasar dalam sektor awam dengan peratusan golongan berkenaan dalam kumpulan pengurusan tertinggi ialah 35.6 % atau 1,419 pegawai wanita, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Jumlah tersebut satu pencapaian membanggakan dalam perkhidmatan awam serta membuktikan bahawa penjawat awam wanita di Malaysia memainkan peranan yang signifikan dalam pentadbiran negara,” katanya.

Berdasarkan statistik semasa, pegawai wanita adalah kumpulan majoriti iaitu 57.5 % dalam perkhidmatan awam yang terdiri daripada kumpulan pengurusan tertinggi sehinggalah kepada kumpulan pelaksana.

Oleh yang demikian, bagi menggalakkan golongan wanita kembali berkhidmat untuk pembangunan negara , di dalam Bajet 2018 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kerajaan mencadangkan layanan pengecualian cukai pendapatan individu disediakan ke atas pendapatan yang diperolehi dalam tempoh 12 bulan berturut-turut, kepada mereka selepas tempoh sekurang-kurangnya dua tahun berhenti daripada pekerjaan. Pengecualian ini layak dituntut bagi tahun taksiran 2018 hingga 2020.

Pemohon yang ingin mendapat pengecualian cukai ini boleh memohon kepada Talent Corporation Malaysia Berhad bermula dari 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2019 untuk mendapat pengecualian cukai ini.

Leave a Reply