Idea Transformasi FELDA Datang Dari Tanah Rancangan- Shahrir Samad

KUALA LUMPUR – Idea untuk Transformasi FELDA perlu datang dari tanah rancangan sendiri dan bukannya dari pihak atasan FELDA.

Bercakap didalam Dialog Tranformasi Nasional 2050 (TN50) Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Samad menegaskan bahawa amat penting idea tersebut hadir dari bawah (Tanah Rancangan) dan diangkat keatas demi kesinambungan FELDA untuk tempoh 10 ke 20 tahun akan datang.

“Sebab itu kita dalam perancangan FELDA 2.0 di Lurah Bilut.

Peneroka atau generasi baharu tidak boleh berpuas hati dalam pendapatan pertanian semata-mata.

Kita kena kembangkan ekonomi tempatan untuk menarik orang luar datang dan berbelanja didalam tanah rancangan”, Tan Sri Shahrir Samad.

Dalam pada itu, Tan Sri Shahir turut menyatakan bahawa FELDA organisasi paling berjaya didunia dalam mengangkat golongan luar bandar.

“Saya didatangi ramai Menteri negara luar bertanyakan perihal FELDA dan mereka mengiktiraf FELDA sebagai organisasi paling berjaya dalam mengangkat golongan luar bandar daripada ketinggalan arus pembangunan negara”, katanya lagi.

Kenyataan tersebut turut disokong oleh YB Khairy Jamaluddin Menteri Belia dan Sukan yang turut mengiktiraf FELDA sebagai peneraju utama Transfomasi di Malaysia.

“Kita kena akui bahawa FELDA sememangnya peneraju Transformasi dalam aspek komuniti dan saya berharap FELDA kekal menjadi peneraju menjelang tahun 2050”, YB Khairy Jamaluddin

Dialog TN50 FELDA yang bertajuk “Pemimpin Generasi Baharu Felda Aspirasi Menuju Tahun 2050” mengumpul lebih 20 aspirasi yang pelbagai dan dihadiri lebih 400 pemimpin Majlis Belia FELDA Malaysia yang mewakili generasi baharu FELDA diseluruh tanah rancangan.

Leave a Reply