Kes Salah Laku: Felda Dalam Proses Failkan Saman Sivil

KUALA LUMPUR – Felda kini di dalam proses memfailkan tindakan saman sivil terhadap kes salah laku pecah amanah terhadap pihak-pihak yang terlibat, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim.

Dalam jawapan bertulis parlimen, Razali berkata pihak SPRM telah menjalankan siasatan, manakala pihak pendakwaraya Jabatan Peguam Negara telah memulakan prosiding guaman jenayah di mahkamah bagi kes salah laku pecah amanah ke atas pihak yang terlibat.

“Felda juda di dalam proses untuk memfailkan tindakan saman sivil terhadap pihak-pihak yang berkenaan,” katanya.

“Selain itu, bagi pelaburan luar negara, pihak pendakwaraya juga telah memfailkan saman kerana penyelwengan dan kes ini telah melalui perbicaraan penuh di mahkamah,” katanya, walaupun tidak memperincikan kes itu dan GLC terlibat.

Razali menjawap soalan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang), yang ingin tahu status isu penyelewengan Felda dan anak-anak syarikatnya dan mengapakah tiada pendakwaaan ke atas mereka yang menyebabkan kerugian berkenaan.

Beliau juga menyoal usaha yang dibuat bagi memulihkan keyakinan pelaburnya. – THE STAR ONLINE

Leave a Reply