Program Hari Integriti Jana Kualiti Dan Produktiviti FELDA

KUALA LUMPUR – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah melaksanakan program Hari Integriti dan Kualiti Kumpulan FELDA bagi tahun ini dengan membawa tema ‘Integriti Menjana Kualiti dan Produktiviti FELDA’.

Ia telah berlangsung selama tiga hari bermula dari 27 november hingga hari ini, 29 november 2017.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Besar (Pengurusan) FELDA, Datuk Muzzammil Mohd Nor, siang tadi di Menara FELDA, di sini.

Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah dianjurkan sepanjang hari integriti dan kualiti berlangsung antaranya; Pertandingan Horizon Baharu Kumpulan Inovatif Kreatif Felda 2017, Pencalonan Ikon Integriti FELDA 2017, Pertandingan Tag Line dan Logo Integriti, Ceramah, Pameran Agensi Luar dan Pameran Kumpulan Inovatif Kreatif FELDA 2017 yang telah melibatkan seramai 450 kakitangan FELDA sendiri yang terdiri daripada petugas Kumpulan FELDA; petugas FELDA (seluruh Malaysia), Felda Technoplant Sdn. Bhd dan Felda Investment Corporation.

Seramai 16 belas finalis terpilih sebagai calon untuk anugerah Ikon Integriti FELDA 2017.

Anugerah Ikon Integriti FELDA 2017 telah dianugerahkan kepada Mior Azizan Urus daripada Jabatan Gedung Makanan Negara.

Objektif utama program Hari Integriti dan Kualiti ini diadakan oleh FELDA adalah untuk menanamkan amalan pembudayaan inovasi dalam kalangan warga FELDA untuk penghasilan hasil kerja yang berkualiti dan produktif yang seterusnya mewujudkan urus takbir yang terbaik buat FELDA.

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.