Pokok Tumbang, Tren Komuter Tergendala

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan komuter di laluan Pelabuhan Klang ke KL Sentral tergendala pagi ini, berikutan kejadian pokok tumbang antara Klang-Jalan Kastam, dekat Pelabuhan Klang, pagi tadi.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menerusi Twitter, @ktm_berhad pada jam 6 pagi tadi, memaklumkan kejadian itu menyebabkan kabel elektrik di laluan itu terputus dan tren tidak dapat melepasi stesen Jalan Kastam.

Berikutan masalah itu, katanya, tren komuter hanya akan beroperasi dari Padang Jawa-KL Sentral- Padang Jawa saja pada kekerapan 45 minit dengan tren pertama bertolak dari Padang Jawa pada jam 7.15 pagi.

“Perkhidmatan tren untuk laluan Pelabuhan Klang – KL Sentral – Pelabuhan Klang tidak dapat beroperasi kerana tren dari depot Pelabuhan Klang tidak dapat melepasi stesen Jalan Kastam berikutan insiden kabel elektrik putus kerana pokok tumbang.

“Buat masa ini tiada perkhidmatan tren komuter dari Pelabuhan Klang – Bukit Badak – Pelabuhan Klang.

“Penumpang dinasihatkan untuk mendapatkan pengangkutan alternatif,” katanya sambil menyatakan permohonan maaf di atas kesulitan itu. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.