FELDA Iktiraf Minyak Pelincir Jenama FPO

KUALA LUMPUR – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mengikitiraf produk minyak pelincir hasil ciptaan dan keluaran generasi kedua FELDA berjenama ‘Fast Power Oil’ (FPO).

Pengasas minyak pelincir FPO, Alizan Amin, 42, dari FELDA Ayer Hitam telah mencipta dan menghasilkan minyak pelincirnya sendiri sejak tahun 2009.

Alizan berkata, permintaan minyak pelincir FPO amat memberangsangkan dan mendapat sambutan dari semua pengguna yang telah mencuba minyak pelincirnya.

“Saya menghasilkan produk berjenama berasaskan mintak pelincir, Fast Power oil (FPO) minyak ini saya telah cipta dan hasilkan ketika 2009. Sampai sekarang pasaran untuk di Malaysia sangat membanggakan dan mendapat sambutan di luar jangkaan.

“Baru-baru ini kita mendapat sokongan dari pihak FELDA, dari Pembangunan Usahawan FELDA memberi pengiktirafan logo FELDA Best. Logo ini bukan mudah untuk dapat, bermakna FELDA memperakui dan memberi kepercayaan kepada produk saya,” kata Alizan yang ditemu bual di boothnya di Perhimpunan Agung UMNO 2017, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Memberitahu keistimewaan minyak pelincir FPO, Alizan berkata, minyaknya terkandung fungsi tiga dalam satu.

“Menarik tentang produk FPO, tiga dalam satu bermakna semua ‘treatment’ yang memberi impak yang cukup nyata dan ‘clear’ daripada segi pemanduan dan penjimatan,” katanya yang telah berpengalaman selama 21 tahun dalam bidang minyak pelincir.

FPO ketika ini sedang membuka peluang kepada semua anak peneroka untuk menjadi pengedar minyak pelincir FPO, boleh menghubungi Alizan Amin di talian: 017 798 0408.

Selain itu, produk minyak pelincir FPO boleh didapati di pusat jualan di PWTC di aras 4 sepanjang berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO 2017 hingga Sabtu ini.

Pembeli berpeluang mendapat harga promosi untuk setiap pembelian minyak pelincir FPO.

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply