Isytihar Baitulmaqdis Sebagai Ibu Negara Israel Biadap- MBFM

KUALA LUMPUR- Majlis Belia Felda Malaysia kesal dengan pengumuman Donald Trump yang telah mengumumkan Baitul Maqdis adalah ibu negara kepada Israel.

Majlis Belia Felda Malaysia merasakan ianya adalah satu pengisytiharan yang biadap bagi umat Islam dan bakal mengundang kebangkitan ummah untuk membebaskan Baitulmaqdis dari tangan Zionis Yahudi yang seluruh dunia menyaksikan keangkuhan dan kezaliman mereka terhadap ummat Islam di seluruh dunia.

Majlis Belia Felda Malaysia berpendapat bahawa rancangan Donald Trump untuk mengisytiharkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel itu adalah “garis merah” bagi umat Islam. Keputusan Trump untuk memindahkan kedutaannya di Baitulmaqdis, termasuk mengiktiraf kota itu sebagai ibu negara Israel akan mendorong ke arah ketegangan yang lebih buruk antara dua pihak.

Majlis Belia Felda Malaysia berharap perkara ini dapat dikaji semula demi kepentingan memelihara statusquo sejarah dan undang-undang di Baitulmaqdis kerana kemungkinan sesuatu yang buruk berlaku sekiranya keputusan berkenaan dibuat. Tindakan Trump ini hanya akan menyinggung perasaan umat Islam seluruh dunia kerana status Baitulmaqdis adalah aspek paling sensitif dalam konflik Palestin-Israel, maka memindahkan kedutaan Amerika ke kota itu adalah langkah berbahaya dan tidak sepatutnya berlaku.

Muhammad Fadzli Hasan
Presiden
Majlis Belia Felda Malaysia

Leave a Reply