PM Ucap Tahniah Kepada Calon PT3

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang menerima keputusan peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2017, hari ini.

“Tahniah semua pelajar yang ambil keputusan #PT32017 hari ini. Selangkah lagi dalam perjalanan hidup sebagai pelajar,” kata Najib dalam catatan terbaharunya di laman Twitter.

Seramai 425,251 calon yang menduduki ujian bertulis PT3 menerima keputusan hari ini. PT3 dimulakan pada 2014 bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR). – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.