Rakyat Pelbagai Kaum Digesa Bersama Perdana Menteri Pertahan Palestin

PASIR PUTEH – Rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan agama perlu bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyertai perhimpunan besar-besaran bagi mempertahankan Palestin di Masjid Putra, Putrajaya Jumaat depan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata rakyat di negara ini perlu bersatu-padu dan melupakan seketika pertikaian perbezaan politik bagi menunjukkan sokongan padu mereka terhadap Palestin.

“Isu Palestin merupakan satu perkara yang besar kerana ia mencabuli perundangan antarabangsa sekali gus menyukarkan usaha perdamaian yang sedang diusahakan ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi wartawan sambilan Berita Harian Pasir Puteh, Rokaid Chik di rumahnya di Selising di sini, hari ini.

Najib serta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka akan bersama-sama menghadiri perhimpunan besar-besaran bagi mempertahankan Palestin di Masjid Putra pada 22 Dis ini. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.