Muflis Kerana Cukai Tertunggak Serendah RM32 Ribu Sahaja

Gagal membayar tunggakan cukai dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) berjumlah keseluruhan sebanyak RM38.07 juta menyebabkan 36 pembayar cukai yang terdiri daripada 12 orang individu dan 24 buah syarikat diisytiharkan muflis oleh mahkamah.

Masing-masing 12 orang individu tersebut mempunyai tunggakan cukai dan kenaikan sebanyak RM1,982,739.13, manakala 24 buah syarikat itu pula mempunyai cukai tertunggak beserta kenaikan berjumlah RM36,084,955.97.

Kes-kes tunggakan cukai yang gagal dibayar ini telah berjaya diselesaikan oleh LHDNM bermula dari tahun 1986 hingga tahun 2015. Bagi 12 individu yang telah diisytiharkan muflis ini, kegagalan membayar cukai tertunggak untuk beberapa tahun terkumpul sebanyak dari RM32 ribu hingga RM1.13 juta.

Begitu juga ada di kalangan kes kegagalan syarikat membayar cukai tunggakan berjaya diselesaikan sejak tahun taksiran 1985 hingga 2015. Penyelesaian ke atas kes cukai tertunggak terhadap 24 buah syarikat sebanyak RM36.08 juta ini dengan secara relatifnya setiap kes cukai tertunggak di antara RM32 ribu sehingga RM16.9 juta setiap syarikat.

Umum perlu mengetahui cukai tertunggak wujud apabila baki cukai atau sejumlah cukai yang perlu dibayar dan diremitkan kepada LHDNM telah gagal dibayar dalam tahun semasa sehingga melangkau ke tahun taksiran berikutnya.

Individu atau syarikat pembayar cukai yang culas dalam menjelas cukai atau mengelak daripada mengisytiharkan pendapat bercukai, berkemungkinan besar akan berhadapan dengan kesalahan dibawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.

Bergantung kepada pelbagai situasi oleh individu atau syarikat apabila berhadapan dengan Mahkamah membenarkan petisyen Kerajaan Malaysia melalui LHDNM bagi mendapatkan perintah penggulungan syarikat atau perintah kebankrapan terhadap pembayar cukai yang gagal membayar cukai yang ditetapkan.

Melalui pelbagai kemudahan dan khidmat yang telah disediakan oleh LHDNM, jika terdapat baki cukai yang belum dijelaskan oleh individu atau syarikat, kini boleh membuat semakan dan pertanyaan di seluruh cawangan LHDNM berdekatan atau menghubungi talian Hasil Care di 1-800-88-5436 (LHDN) pada waktu perkhidmatan antara Isnin hingga Jumaat, 9.00 pagi – 5.00 petang.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.