441 Peneroka FELDA Kemahang Tiga Dapat Geran Hak Milik

TANAH MERAH – Penantian hampir 31 tahun oleh 441 peneroka FELDA Kemahang Tiga di sini untuk mendapatkan geran hak milik tanah bagi tanah yang diusahakan mereka sejak sekian lama, berakhir hari ini.

Mereka masing-masing menerima Surat Hak Milik Tanah daripada Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob pada satu majlis di Dewan Semai Bakti FELDA Kemahang Tiga di sini.

Norhasnida Yaacob, 34, berkata pemberian surat hak milik tanah itu amat bermakna kepadanya kerana ia memenuhi hasrat ibu dan bapanya sejak mereka menjadi peneroka di tanah rancangan berkenaan.

“Saya amat terharu selepas penantian kedua-dua arwah orang tua saya mendapat hak milik kekal tanah akhirnya menjadi kenyataan.

“Saya sebagai generasi kedua yang tinggal di Felda akan mengusahakan tanah seluas 2.5 hektar ini kerana ia adalah amanat mereka sebelum meninggal dunia,” katanya. – BERNAMA

Leave a Reply