Lelaki Maut Dipercayai Dipatuk Ular

KOTA TINGGI – Seorang lelaki meninggal dunia dipercayai akibat dipatuk ular tedung selar ketika memancing di sungai di kebun kelapa sawit Felda Linggiu, di sini, semalam.

Jayalani Abu Samah, 45, ditemukan meninggal dunia kira-kira 9 malam tadi oleh adik dan anak saudara yang mencarinya di kebun berkenaan selepas tidak pulang ke rumah.

Adiknya, Mohammad Zaidi, 36, berkata pada awalnya mereka menyangka abangnya itu meninggal dunia akibat asma sebelum menjumpai kesan gigitan ular di bawah telinga kiri mangsa.

Katanya, Allahyarham Jayalani yang bekerja sebagai pemandu van kilang memang gemar keluar memancing di kebun seorang diri terutama pada hari cuti.

“Selalunya dia akan pulang pada 5 petang atau sebelum hari gelap apabila keluar memancing. Sebaliknya semalam, dia tidak balik-balik ke rumah selepas keluar antara 2 petang dan 8 malam,” katanya. – BERNAMA

Leave a Reply