Peneroka Perlu Beri Sokongan Untuk Kembalikan Kegemilangan Felda – Khaled Nordin

SEGAMAT – Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mahu peneroka memberi sokongan penuh kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi mengembalikan institusi itu ke tahap gemilang seperti yang dicapai sebelum ini.

Beliau berkata Felda telah membuktikan ia bukan sebuah agensi yang muflis seperti yang digembar-gemburkan oleh pihak tertentu dan telah berjaya mengatasi masalah aliran tunai yang dihadapi sebelumnya.

“Buktinya pada hari ini, seramai 430 peneroka akan menerima hak milik tanah mereka iaitu merangkumi 430 lot hak milik bagi tapak rumah dan 521 lot hak milik tanah bagi tapak kebun di Felda Pemanis 2 ini.

“Walau bagaimanapun, jumlah keluasan keseluruhan yang diterima masih dalam skala lebih kurang empat Hektar (10 ekar),” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan hak milik tanah kepada 430 peneroka Felda Pemanis 2, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.