Sambutan Maulidurrasul Anjuran KUSIB & Parlimen Pagoh Dapat Sambutan

KUSIB atau nama penuhnya Kelab Usahawan Sahabat IKHTIAR Berjaya adalah kumpulan usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia yang telah berjaya dalam perniagaan yang diceburi.

Kelab ini mengadakan sambutan maulidurrasul untuk mengajak ahli-ahlinya menyertai program keagamaan dan sebagai tanda kesyukuran di atas nikmat kemakmuran yang diperolehi.

Program yang diadakan ini mendapat kerjasama UMNO Bahagian Pagoh.

Pelbagai acara menarik mengiringi perjalanan program ini termasuklah perarakan selawat dan persembahan nyanyian nasyid.

Acara kemuncak program ini ialah ceramah agama oleh Kpt (B) Dato Haji Najmudin bin Elias, Pegawai Penerangan Hal Ehwal Islam Pejabat Menteri Besar Perak.

Program dirasmikan oleh
YB Hj Ismail bin Mohamed
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Negeri Johor yang juga merupakan ADUN Bukit Serampang dan
Pemangku Ketua UMNO Bahagian Pagoh.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.