Khaled Nordin Sempuranakan “Flag Off”, Kembara Kerjaya Swadaya Insan Johor

YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin sempurnakan “flag off” edisi ke 5 Kembara Kerjaya Swadaya Insan Johor di Batu Pahat, Johor. Program ini dahulunya dikenali sebagai Kembara Kerjaya Negeri Johor.

“Agenda kerjaya ini sangat dekat dengan pembangunan orang muda Johor (OMJ). Pendekatan YAB Menteri Besar Johor yang amat prihatin dengan keperluan orang muda Johor seharusnya disahut oleh orang muda. Sebagai OMJ, saya melihat inisiatif seperti ini amat-amat baik,” demikian saranan Manndzri Hj Nasib, Presiden Majlis Belia Negeri Johor.

YAB Menteri Besar telah menegaskan bagi memastikan peluang kerjaya di Johor, sebahagian besar peluang ini adalah diisi oleh OMJ. Frasa ‘Johorean Jobs for Johorean’ adalah sangat tepat.

Hal ini diperlihatkan lagi dengan kemasukan pelabur-pelabur besar, syarikat-syarikat gergasi dan projek-projek mega yang berlangsung di Johor harus dimanfaatkan OMJ. Seharusnya, OMJ harus mengambil peluang ini sebijaknya.

Dalam Bajet Johor 2018, YAB Menteri Besar Johor juga telah memperuntukan sejumlah RM 5 juta semata-mata untuk program-program latihan kemahiran. Sememangnya MBNJ melihat, bidang industri kemahiran menjadi keutamaan terpenting dalam potensi pada masa akan datang.

Foto di atas, Mohd Fared Mohd Khalid, Timbalan Presiden MBNJ menerima warkah penghargaan mewakili MBNJ dalam kerjasama menjayakan Kembara ini. Turut hadir 2 orang Naib Presiden MBNJ Izzat Ariss dan Tian Soon.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.