Vidyananthan Ramananthan Dekat Di Hati Warga FELDA Ulu Dengar, Sembrong Johor

Beliau yang menjadi wakil rakyat 2 penggal di DUN Kahang ini memang terkenal dengan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Lantaran itulah warga FELDA di Ulu Dengar khasnya dan FELDA dalam DUN Kahang ini rapat dengan beliau.

Wakil rakyat yang biasa dipanggil dengan panggilan nama YB Vidya ini sering mengunjungi warong dan “ngeteh” bersama warga setempat. Ini biasa dibuat setiap kali beluau selesai menyampaikan sumbangan kepada golongan memerlukan.

DUN Kahang adalah salah satu DUN yang berada di Parlimen Sembrong. DUN yang lain ialah DUN Paloh.

Kesemua 6 buah FELDA dalam Parlimen Sembrong terletak dalam DUN Kahang. FELDA tersebut ialah Kahang Barat, Kahang Timur, Ulu Dengar, Ulu Penggeli, Bukit Tongkat dan Ulu Belitong.

YB Vidya menjadi ADUN Kahang pada tahun 2008 menggantikan penyandangnya sebelum itu YB Ramis Subramaniam. Selepas sepenggal menjadi ADUN Kahang, YB Vidya dilantik sebagai EXCO Sumber Manusia dalam kerajaan pimpinan YAB Dato’ Mohamed Khalid Nordin selepas PRU13 tahun 2013.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.