“Tahan Maki, Dr Amalina Boleh Jadi Ahli Politik”

PETALING JAYA: Kesibukan bergelar seorang pelatih pakar bedah di Kolej Diraja Pakar Bedah England tidak membataskan Dr Amalina Che Bakri
daripada berbalas komen sinikal dan lucu dengan peminat di laman sosial.

Doktor pintar berusia 31 tahun itu tidak mudah melatah apabila ditanya netizen sama ada dia sering mencari namanya sendiri di Twitter atau mempunyai pemberi maklumat (informer) yang akan menyampaikan perkara berkaitan dirinya.

Seorang netizen, @hikaru875 memuat naik tweet: “Aku lagi rasa ingin tahu macam mana Dr Amalina ni tahu segala benda orang tweet pasal dia walaupun tidak mention. Cari nama sendiri ke, tak pun ada ‘informer’ merata.”

Sementara seorang lagi netizen, @RaisRatiman berkata: “Dr Amalina, kami perlukan jawapan. Contoh informer.”

image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/02/09/tweet-amalina/~/media/d8774c4c3fd1474182cacab19286de42.ashx?h=273&la=en&w=620

Bagaimanapun, Amalina secara bersahaja memberikan komen balas bahawa dia dimaklumkan oleh pengguna Twitter lain seperti apa yang dilakukan oleh jejaka tersebut.

“Orang ‘tag’ saya di ruang komen atau memetik nama saya menerusi ‘quote’ (di Twitter).”

“Seperti apa yang kamu baru lakukan di sini,” tulis Amalina.

Jawapan tersebut mencuit hati seorang netizen, @pied_pipper76 yang kemudian mengusik pakar bedah wanita itu boleh menjadi ahli politik kerana tahan kecaman dan rajin melayan komen netizen lain.

Dr Amalina pernah melakar sejarah negara dengan mencatatkan keputusan cemerlang 17A1 dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2004.

Dr malina memberitahu pengikutnya kesibukan sebagai seorang pakar bedah memerlukan dia bekerja selama 13 jam bagi setiap syif dan kadangkala terpaksa berada di hospital lebih lama jika ada pembedahan yang perlu dijalankan.

“Kerja ‘on call’ memang memenatkan dan tekanan juga tinggi. Biasanya, saya tidak ada masa untuk makan atau pergi ke bilik air… tapi tak mengapa sebab saya sudah biasa.

“Jika saya tidak bertugas, saya akan pergi bercuti, melakukan aktiviti menghiburkan atau keluar bersama kawan-kawan. Saya cuba kekalkan kehidupan bekerja yang seimbang, tidak mahu jadi orang yang membosankan. Seperti yang anda tahu, kerja kuat tapi nikmati hidup yang lebih hebat,” ujarnya. – MSTAR ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.